Friday, August 28, 2009

Pertemuan Januari 2008













Salam semua... sekarang ni saya cuba mencari gambar2 yang telah aku rakamkan bersama kawan2 dan juga pensyarah semasa di uitm Kota Kinabalu. so ini adalah gambar kumpulan zon sabah dan sarawak bersama Pak Ray. Dr Suhaimi dan juga En. Zaihan. Selamat berjuang untuk semua....Selamat!!!

Thursday, August 27, 2009

Kursus DI IPGM Keninagu


Salam Semua...

Lama dah tak update blog nie...terlalu sibuk dengan tugas dan pelajaran. Apapun kita bertemu kembali semoga apa yang kita lakukan sepanjang hari akan mendapat keberkatan dari Ilahi. Amin...So hari ni nak upload gambar yang saya ke keningau pada bulan Julai lalu di IPGM Kampus keningau dan PKG Tambunan sebagai penceramah...Orang jemput kita pergi lah kan..!!Ini pertama kali la saya pergi keningau walau dah 5 tahun berkhidmat di sabah nie. apapun perjalanan sungguh menarik dan seronok kerana pemandanagn yang cukup menarik dan cantik belum pernaj saya lihat terutama di banjaran crocer, sperti berada di kutub utara kerana penuh dengan kabus dan sejuk yang melampau. Ini adalah gambar sepanjang saya di keningau.

Monday, April 27, 2009

Pertemuan dan Perpisahan

Salam pada pengunjung blog ku
Lama dah tak buat post baru...bz la sikit. apapun hari ni di di office ada perhimpunan bulanan. jadi macam2 program ada tapi yang paling aku sedih bila ada beberapa staf kami akan bertukar ada yang pergi perak ada yang pergi kolej komuniti dan ada yang pergi ke pengurusan sekolah. apa pun aaku harap semoga sahabatku sukses dalam bidang yang diceburi dan dimana jua anda berada.
Walaupun ada 4 orang yang akan berpindah namun ada 7 orang staf baru masuk di institut kami ni.5 perempuan 2 lelaki.apapun aku ucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada mereka. sama2 lah kita perjuangkan apa yang belum kita tunaikan. akhir kata dariku teruskan perjuangan sekalian sehingga tamat kita bertugas sebagai pegawai kerajaan....

Saturday, March 14, 2009

Sambutan Mauludirasul di IPGM Kampus Tawau

Pada hari Isnin 9 Mac 2009 aku dan isteri serta anak pergi sambutan mauludirasul di tempat aku bertugas di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau, Sabah. Ramai la jugak termasuk pelajar dan pensyarah. Kali ni perarakan di jauhkan sedikit supaya panjang la sikit kita memuji nabi Muhammad S.A.W. Selepas perarakan ada ceramah agama yang disampai kan oleh ustaz yang di jemput khas dari Daerah kunak, beliau penceramah bebas dan menarik jugak ceramahnya kerana banyak unsur nasihat dan teladan yang perlu kita contohi dan ikuti macam Nabi Muhammad S.A.W. Selepas ceramah selama 1 jam 30 minit, pelajar mempersembahkan 2 buah lagu nasyid yang mengingati aku akan perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya. Akhir sekali jamuan makan tengahari di sediakan. Maka berakhirlah program cuti ku pada hari itu. Rasa Tenang ,Gembira dan syukur sekali kerana aku di beri peluang dan kesempatan untuk melaungakan selawat keatasNabi Muhammad S.A.W

Monday, February 9, 2009

Bulan


Ni gambar kedua yang aku ambil...macam ada 3 lagi planet lain di sebelah kiri dan kanan serta di atas bulan ni. Mari kita tengok kebesaran Ilahi..Subahanallah

Bulan di Tawau

















Jam 8.45 Malam 9.2.2009 aku ambik gambar bulan...katanya dalam berita Bernama ada Gerhana Bulan...Jadi aku ambik la gambar bulan....apa pun kita tengok gerhana atau tidak....Subhanallah..(Gambar 1)

Sunday, January 4, 2009

Muzium Negeri Terengganu





Next Destination ialah Muzium Negeri Terengganu. Di sini banyak gambar sejarah kesultanan Melayu Terengganu dan juga koleksi Tempat carigali minyak di kerteh yang belum saya pernah lihat gambarnya. bermual penemuan minyak dan prosesnya hingga ke stesen minyak yang kita guna hari ni. Tapi sayangnya tak boleh ambil gambar pulak dalam muzium ni. Masuk dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 Dewasa dan RM1.00 untuk kanak - kanak (6-11 Tahun)

Taman Tamadun Islam






Semasa lawatan ke Kuala Terengganu sempat la kami pergi melawat taman tamadun islam yang ada banyak masjid yang terkenal di seluruh dunia.

Blogger news