Saturday, March 14, 2009

Sambutan Mauludirasul di IPGM Kampus Tawau

Pada hari Isnin 9 Mac 2009 aku dan isteri serta anak pergi sambutan mauludirasul di tempat aku bertugas di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau, Sabah. Ramai la jugak termasuk pelajar dan pensyarah. Kali ni perarakan di jauhkan sedikit supaya panjang la sikit kita memuji nabi Muhammad S.A.W. Selepas perarakan ada ceramah agama yang disampai kan oleh ustaz yang di jemput khas dari Daerah kunak, beliau penceramah bebas dan menarik jugak ceramahnya kerana banyak unsur nasihat dan teladan yang perlu kita contohi dan ikuti macam Nabi Muhammad S.A.W. Selepas ceramah selama 1 jam 30 minit, pelajar mempersembahkan 2 buah lagu nasyid yang mengingati aku akan perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya. Akhir sekali jamuan makan tengahari di sediakan. Maka berakhirlah program cuti ku pada hari itu. Rasa Tenang ,Gembira dan syukur sekali kerana aku di beri peluang dan kesempatan untuk melaungakan selawat keatasNabi Muhammad S.A.W

No comments:

Blogger news