Monday, June 20, 2011

Umrah 25 Mei - 5 Jun

Assalamualaikum wbt...syukur pada hadrat Allah swt kerana dapat bertemu kembali di laman blog ni. Alhamdulillah sekali lagi kerana dapat menunaikan umrah dengan keluarga.ini adalah kali kedua saya mengerjakan umrah.kali perama pada tahun 1997.Masa tu form 6 di SMK Ketereh Kota Bharu.Apabila menjejakkan kaki di bumi barakah ini rasa tak terkata gembiranya kerana dijemput sekali lagi menjadi tetamu Allah swt dan juga junjungan besar nabi Muhammmad S.A.W....banyak perubahan telah berlaku di madinah dan juga di mekah.

Perjalanan kami bermual di Lapangan Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah menuju ke Madinah Munawwarah iaitu Ziarah Umrah kami pertama. Kami bertolak dari Jeddah menaiki bas pada jam 10.30 malam waktu tempatan dan tiba di Madinah pada jam 3.30 pagi.Di tengah perjalanan antara Jeddah dan Madinah, kami berhenti makan dan minum di R&R ...saya pun tak tahu apa nama tempat tu.Tapi saya tak turun pun...syok tidur, sanggup tak makan malam kerana tidur punya pasal.Kali kedua bas berhenti di sebuah R&R,pun saya tak tahu apa nama tempat tu.Tapi klai ni saya turun dengan Wan Mohd Hashim (adik No 4) untuk ke rest room dan juga ambik angin..tapi tak sangka suasana masa tu sejuk yang amat.tak pernah rasa sejuk sebegitu di Malaysia.Subhanallah.

Sebaik menghampiri bandar madinah kami dikejutkan oleh Mutawif iaitu Ustaz Nik Zuhdi iaitu pegawai agama dari jabatan agama islam Tanah Merah, Kelantan. Ustaz Nik menyuruh kami membaca ayat yang dibekalkan di buku yang diberi untuk mendoakan semoga Allah swt merahmati dan diterima sebagai tetamu Nabi kita iaitu Muhammad SAW.Setibanya di hotel kami bergegas menyiapkan diri untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Alhamdulillah kami sempat menunaikan subuh berjemaah...ramai sungguh manusia datang dari segenap pelusuk bandar madinah untuk berjemaah subuh....kalau di malaysia, susah nak nampak suasana begini.ada tapi susah nak jumpa.Itu lah hebatnya penduduk di Madinah.

Hari Khamis,Jumaat dan Sabtu kami berada di Madinah.Banyak jugak tempat yang kami lawat,antaranya...makam nabi,makam sahabat baginda, dan juga mujahidin yang syahid di medan perang.Tempat bersejarah iaitu tempat peperangan khandak, masjid kiblatain, dan juga ladang KURMA. Ustaz Nik menceritakan dakwah nabi di Madinah membuatkan saya menitiskan airmata kerana nabi kita meredah padang pasir, meredah pelbagai halangan seperti orang2 yang anti islam dan juga berperang untuk menegakkan syiar islam.begitu hebat cabaran yang baginda lalui bersama sahabat membuat kan saya rasa bertuah kerana menjadi MUSLIM yang dipimpin oleh nabi kita Muhammad SAW.Di saat AKhir kewafatan Nabi pun baginda masih ingat kepada umatnya...adakah kita ingat juga akan pengorbanan baginda?tepuk dada tanyalah iman.

Hari sabtu 28 Mei 2011 selepas solat zohor sekitar jam 2.30 petang kami berangkat dengan berpakain ihram menuju ke masjid Bir Ali.Masjid ini adalah tempat untuk memasang niat bagi memulakan UMRAH.di sinilah kami solat sunat 2 rakaat dan meneruskan perjalanan sambil bertalbiah..Labaikallah Hummalabbaik Labaikala..syarikala-kala baik.Innalhamda...wannik-mata...Lakawalmulk La Syarikallah.Sampai di kota Mekkah pada jam 9.30 malam aku rasa syukur yang teramat sangat kerana dah tak sabar nak buat Umrah pada malam itu. Kami chek in di hotel dan makan malam serta rehat seketika kerana bersiap untuk ke Masjidil Haram bagi menunaikan UMRAH pertama kami. Sebelum bergerak ke masjidil Haram kami berkumpul di Lobi hotel.....Terkejut pulak saya melihat ramai orang di Lobi Hotel tu..rupa2nya semua orang dok tengok LIVE Final MU vs Barcelona....sempat jugak kami layan sekejap sebelum melangkah ke Masjid.

Walaupun isteri sarat mengandung, kuat juga semangat dia untuk menunaikan umrah....Wan Nur Ain Sofiyah anak yg berumur 5 Tahun juga cekal menghadapi dugaan di Mekah ni.Alhamdulillah kami dapat laksanakan dengan baik. Kami juga membuat ziarah di tempat bersejarah seperti peperangan Uhud, Makam Saidina hamzah serta sahabat lain, Tempat perjanjian HUdaibiyyah, Tempat melontar untuk para Haji, Tempat pertemuan Nabi Adam A,S dan Hawa , Pasar buah buahan serta Masjid Tana'im. Masjid ni adalh tempat untuk kita berniat bagi mengerjakan Umrah sunat. jaraknya dengan Masjidil Haram lebih kurang 8km.

Pada 4hb Mei 2011 adalah hari terakhir kami di bumi barakkah. rasa sedih, sayu, dan juga berat hati untuk meninggalkan tempat yang paling Mulia di dunia ini. Selepas kami membuat tawaf wida'(tawaf selamat tinggal) kami menaiki bas menuju Jeddah untuk berangkat pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat MAS. Kenangan ini tidak akan saya lupakan sampai bila2.Moga kami, anda semua juga akan kembali berkali kali lagi di bumi barakkah buat kali yang seterusnya Aminn...





Blogger news