Salam pada pengunjung blog ku
Lama dah tak buat post baru...bz la sikit. apapun hari ni di di office ada perhimpunan bulanan. jadi macam2 program ada tapi yang paling aku sedih bila ada beberapa staf kami akan bertukar ada yang pergi perak ada yang pergi kolej komuniti dan ada yang pergi ke pengurusan sekolah. apa pun aaku harap semoga sahabatku sukses dalam bidang yang diceburi dan dimana jua anda berada.
Walaupun ada 4 orang yang akan berpindah namun ada 7 orang staf baru masuk di institut kami ni.5 perempuan 2 lelaki.apapun aku ucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada mereka. sama2 lah kita perjuangkan apa yang belum kita tunaikan. akhir kata dariku teruskan perjuangan sekalian sehingga tamat kita bertugas sebagai pegawai kerajaan....
Selamat Datang ke Blog ini dan semoga apa yang dipaparkan disini dapat kita berkongsi bersama serta mengeratkan silaturrahim antara kita semua. Salam Ukhwah dari saya.
Monday, April 27, 2009
Saturday, March 14, 2009
Sambutan Mauludirasul di IPGM Kampus Tawau
Pada hari Isnin 9 Mac 2009 aku dan isteri serta anak pergi sambutan mauludirasul di tempat aku bertugas di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau, Sabah. Ramai la jugak termasuk pelajar dan pensyarah. Kali ni perarakan di jauhkan sedikit supaya panjang la sikit kita memuji nabi Muhammad S.A.W. Selepas perarakan ada ceramah agama yang disampai kan oleh ustaz yang di jemput khas dari Daerah kunak, beliau penceramah bebas dan menarik jugak ceramahnya kerana banyak unsur nasihat dan teladan yang perlu kita contohi dan ikuti macam Nabi Muhammad S.A.W. Selepas ceramah selama 1 jam 30 minit, pelajar mempersembahkan 2 buah lagu nasyid yang mengingati aku akan perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya. Akhir sekali jamuan makan tengahari di sediakan. Maka berakhirlah program cuti ku pada hari itu. Rasa Tenang ,Gembira dan syukur sekali kerana aku di beri peluang dan kesempatan untuk melaungakan selawat keatasNabi Muhammad S.A.W
Monday, February 9, 2009
Bulan
Bulan di Tawau
Sunday, January 4, 2009
Muzium Negeri Terengganu
Next Destination ialah Muzium Negeri Terengganu. Di sini banyak gambar sejarah kesultanan Melayu Terengganu dan juga koleksi Tempat carigali minyak di kerteh yang belum saya pernah lihat gambarnya. bermual penemuan minyak dan prosesnya hingga ke stesen minyak yang kita guna hari ni. Tapi sayangnya tak boleh ambil gambar pulak dalam muzium ni. Masuk dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 Dewasa dan RM1.00 untuk kanak - kanak (6-11 Tahun)
Taman Tamadun Islam
Semasa lawatan ke Kuala Terengganu sempat la kami pergi melawat taman tamadun islam yang ada banyak masjid yang terkenal di seluruh dunia.
Wednesday, December 24, 2008
Cuti Cuti Malaysia Ke Kuala Terengganu
Salam Semua....
Ini adalah sebahagian ahli keluarga saya
yang ke kuala terengganu pada 21&22 Disember 2008.
Seronok lah jugak bawak famili jalan2 kan.
Masa ni kami singgah di satu pantai yang menarik jugak
tapi sayang tak boleh mandi sebab ombak besar masa tu.
Dari kiri Ma, Adik Nor, Abah dan Acim.(Gambar 1)
Ni adalah saya dan Isteri.
Tak sempat nak ambil gambar dengan anak
sebab dia sibuk dok main di taman permainan
yang ada kat situ dengan Tok Ma nya (Gambar 2)
Subscribe to:
Posts (Atom)